Saturday, September 13, 2008

Dia umpama tongkat si buta...


Syukur, Alhamdulillah. Segala pujian bagi Allah yang Maha Suci. Itu sahaja yang mampu terucap dari seorang hamba yang lemah ini, dengan anugerah yang tak ternilai harganya dikurniakan oleh Illahi. Seorang isteri, seorang teman dalam pengembaraanku, seorang bidadari di dunia yang fana.
Syukur Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Karim.
Kau berkatilah kami dan kurniakanlah kami kebahagiaan di dunia dan di akhirat, Insyaallah~


Isteri Solehah - Nazrey Johani~khas untuk bidadariku~


~RUMAHKU SYURGAKU
ISTERIKU BIDADARIKU~

Monday, June 02, 2008

Wanita, maruah lelaki..


Istimewa sekali kedudukan wanita pada pandangan Islam. Anak gadis, adalah maruah si bapa, maruah abang dan adik lelakinya.
Wanita juga maruah seorang suami. Masakan tidak, isteri di ibaratkan pakaian untuk seorang lelaki. Sekiranya buruklah 'pakaian' tersebut, maka dipandang hinalah si 'pemakai'nya. Bak umpama datang seorang yang kaya, masuk ke kedai butik sutera yang mahal, tidak sama layanannya dengan seorang pengemis masuk ke kedai yang sama. Betul tidak?
Malah,seorang pemimpin pun akan dinilai melalui bagaimana dia mendidik isterinya. Jika gagal memimpin seorang isteri, masakan boleh memimpin sebuah negara?
Maka jagalah isterimu, anak2 gadismu, saudara2 perempuanmu. Didiklah mereka dengan penuh kesabaran dan taqwa, tatanglah mereka bagai menatang minyak yang penuh.
Dan wanita-wanita sekalian, jagalah maruah dirimu. Kerana dirimu begitu berharga dan istimewa.

kopratasa - permata buat isteri
*khas buat isteriku @>--

Friday, May 16, 2008

Ikhlas dariku...




Menyepi bukan bererti mati,
Mendiam diri untuk membersih hati,
Ya Illahi bantulah hamba-Mu ini,
Moga kukembali berdiri....

Tuesday, February 12, 2008

2nd year, 2nd sem-->a,k.a HoNeyMooN sem -^^-

A few months pass by, and a lot of things happen..
aku pun dah habis exam anatomy &histology dengan jayanya.....fuhhh....minggu2 sengsara dah berlalu..alhamdulillah..
jadi,sekarang ni, bolehlah rehat sekejap dari subjek yang berat2...dapatlah aku luangkan masa untuk update blogku ini dan keluar 'snapping photos'...tambah lagi, musim bunga pun hampir tiba, satu daripada musim yang aku suka...



Cuti winter break pun dah tamat, itu pun aku dapat merasa cuti sekejap je..but nevermind, it's not about the quantity,it's about the quality of time..lagi satu,aku sempat ber'snowboarding' tahun ini....hehe....memang sakanlah berguling-guling...semua russian yang tengok kami, senyum kepasrahan...nantilah akan aku luangkan masa untuk bercerita tentang kisah snowboarding di Moscow...
ok,got to go now...thanks for reading....
salam warahmatullah..~~ -^^-

Monday, November 26, 2007

Sudah 2 bulan...


Dah lama tak ku 'update' blogku ni. Bukanlah tiada idea, atau tak punyai masa, tapi aku ni jenis yang malas nak 'update' blog. hahaha.....'reti' baca blog orang je.Dah dekat 2 bulan kot tak 'update' blog.
Seronok baca blog orang ni, dapat tengok gelagat dan kerenah masing-masing. Yang tuan punya blog, dengan kerenahnya, yang pelawat2 blog ni pula, dengan pe'el perangai masing2. Dan aku, menjadi pembaca blog yang senyap. Bak orang kata, pembaca 'underground'. Kehadiranku tidak disedari.hahaha...
Apa yang aku sedar la, boleh kata setiap member aku yang belajar medik kat Rusia ni, semua ada blog masing2. Dan dengan blog2 mereka ini lah,aku dapat melihat 'wajah2' yg tak terlihat di alam nyata...dimana kalau dunia realiti ni,masing2 jumpa, punyala senyum sampai ke telinga..tapi dalam blog, fuh, 'fire-mem'fire' usah cerita...(komfem kejap lagi aku yang kena 'fire'...hahaha)
Tapi tak semua member2 aku ni ada blog. Normal la tu,kalau semua nak jadi penulis, sape pula yang nak membacanya..hehe...
Oklah,nanti ada masa, insyaallah akan ku 'update' kan blog ku ini..
p/s:Kalau rajin2 tu,silalah lawat blog 'purasikura' kepunyaan hazreen. Banyak benda2 menarik. :>
p/p/s: Hazreen, ko jgn 'tag' aku, aku memang malas nak update blog aku.hahaha....

Tuesday, October 02, 2007

~malam yang lebih baik dari seribu bulan~

"Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?" ~Al-Qadr: ayat 2~

Ramadhan hampir sampai ke penghujung. 10 hari yang terakhir ni, adalah masa untuk memperhebat ibadah, dan mempergiatkan qiyam. ^^
Hari-hari yang mana dikatakan mempunyai 'malam istimewa'.
Jadi, bak kata budak-budak student moscow, ~davai davai qiyam~

Wednesday, September 12, 2007

~pesta ibadah bermula lagi~

Sedar tak sedar, Ramadhan menjengah kita lagi untuk kesekian kalinya. Alhamdulillah,syukur kerana kita masih berpeluang menikmati Ramadhan sekali lagi.
Dan yang pastinya, pesta ibadah pun bermula kembali...Betapa kita melihat rumah-rumah Allah dipenuhi umatnya, beribadah..masya-Allah... ^^

Tapi seringkali kita lihat,di akhir dan selepas Ramadhan, masjid kembali lengang, kitab al-quran kembali berhabuk dan kita menunggu Ramadhan yang seterusnya untuk berpesta ibadah kembali. Dan untuk kesekian kalinya, kita akan terbaca mengenai betapa bermusimnya ibadah kita pada hari ini, yang mana, hanya berlangsung dibulan ramadhan sahaja. Sememangnya melayu mudah lupa...=)
Namun, jangan kita jadikan perkara tersebut sebagai alasan untuk berdalih.Ayuh kita jadikan Ramadhan kali ini untuk mentarbiyah dan mendidik diri kita supaya ibadah kita bukan lagi ibadah bermusim. Tiada insan yang sempurna, tapi kita berusaha memperelokkan diri kita. =)
Bak kata pepatah, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit..
Maybe today we are nobody, but insya-Allah, one day we will be somebody..

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan...^^